Ahlan Wasahlan..

31 December 2008

4 Punca Bahagia

Rasulullah bersabda yang bermaksud, "4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,rumah yang luas,jiran yang baik & kenderaan yang selesa." (Riwayat Ibnu Hibban)
Semua orang mahukan kehidupan yang sempurna.Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam,yang memerlukan 4 elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah: iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga & rumah tangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas: yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik & tenang.
c) Jiran yang baik: kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara & keluarga,dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi & saling mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa: kerana itu akan memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Bagaimanapun antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup adalah sikap berfoya-foya dengan kehidupan mewah,boros harta & membazir ketika berbelanja.Tabiat ini sering disebut dalam Al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Namun yang penting,bersederhanalah dalam ukuran masing-masing.



No comments:

Post a Comment