Ahlan Wasahlan..

31 December 2008

Galakan Bersederhana

Bersederhanalah dalam berbelanja kerana itulah yang diajarkan Islam.Malah orang yang boros diandaikan seperti saudara syaitan seperti firman Allah dalam surah Al-Isra' : 26-27 yang bermaksud,

"Dan janganlah membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau.Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan,sedangkan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan."

Rasulullah sendiri sentiasa mengamalkan konsep bersederhana dan sangat mengutamakan jimat cermat.Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Muslim yang bermaksud:

"Sesungguhnya berjayalah orang yang memasuki agama Islam & rezekinya mencukupi,& dia redha dengan apa yang dikurniakan Allah."

Suatu ketika Abu Zar al-Ghifari menegur Muawiyah yang telah membina sebuah istana yang terlalu besar.Katanya,"Sekiranya anda membina istana ini dengan menggunakan wang rakyat,sesungguhnya perbuatan itu suatu kezaliman.Jika menggunakan harta bapamu,itu adalah suatu pembaziran."

Fisabilillah atau Fisabilisy Syaitan??

Rasulullah pernah ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan pekerjaan yang terbaik.Dan baginda menjawab, "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha yang dilakukan seseorang dengan tangannya sendiri & semua jual beli yang dianggap baik (diredhai)." (Riwayat Ahmad,Baihaqi & lain-lain)

Pesanan Rasulullah sudah jelas & nyata.Setiap usaha yang dilakukan dengan penuh ikhlas,tanpa melanggar batasan agama & syarak,dengan disertai niat yang baik;maka akan memberikan keberkatan yang tersendiri.

Bekerja juga dianggap suatu ibadah yang akan memberikan ganjaran.Pernah suatu ketika,semasa Rasulullah duduk bersama para sahabat,melintas seorang lelaki yang gagah yang sedang dalam perjalanan untuk bekerja.Kata sahabat,"Kasihan orang itu,andainya tubuh muda & gagah itu digunakan untuk fisabilillah,alangkah baiknya."

Mendengar kata sahabat,Rasulullah cepat-cepat membetulkan kata-kata itu,"Jangan kamu berkata begitu.Sebab jika dia keluar dari rumah untuk bekerja bagi menyara anaknya yang masih kecil,maka dia telah berusaha fisabilillah.Jika dia berusaha untuk diri sendiri agar tidak meminta-minta daripada orang lain, itu pun fisabilillah.Tetapi jika dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dimiliki atau bermegah-megah,maka itu fisabilisy syaitan (atau kerana mengikut jalan syaitan!)" (Riwayat Thabrani)

4 Punca Bahagia

Rasulullah bersabda yang bermaksud, "4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,rumah yang luas,jiran yang baik & kenderaan yang selesa." (Riwayat Ibnu Hibban)
Semua orang mahukan kehidupan yang sempurna.Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam,yang memerlukan 4 elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah: iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga & rumah tangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas: yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik & tenang.
c) Jiran yang baik: kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara & keluarga,dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi & saling mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa: kerana itu akan memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Bagaimanapun antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup adalah sikap berfoya-foya dengan kehidupan mewah,boros harta & membazir ketika berbelanja.Tabiat ini sering disebut dalam Al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Namun yang penting,bersederhanalah dalam ukuran masing-masing.



27 December 2008

10 Sifat Mahmudah

1. Taubat
Sentiasa seseorang itu bertaubat dari dosa yang telah dilakukan dengan syarat:
* Meninggalkan perkara dosa yang telah dilakukan
* Menyesal di atas perbuatan dosa tersebut
* Bercita-cita tidak kembali melakukan dosa tersebut
* Mengembali hak makhluk yang dizalimi
* Mengerjakan fardhu yang telah luput
2. Ikhlas
Menumpukan niat bagi setiap ibadat atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah & membersihkan hati dosa (ria',ujub) atau inginkan pujian manusia
3. Syukur
Mensyukuri & memuji akan Allah di atas nikmat yang dikurniakan-Nya menggunakan sekalian nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah Ta'ala
4. Mahabbah
Kasih Allah Ta'ala dengan mengingati-Nya pada setiap masa & keadaan
5. Sabar
Sifat sabar perlu ketika menghadapi 3 perkara berikut:
* Ketika ditimpa bala
* Ketika mengerjakan segala perintah Allah
* Ketika meninggalkan segala tegahan Allah
6. Redha
Menerima dengan tenang akan segala perkara yang didatangkan oleh Allah
7. Khauf
Gementar & kecut hati akan kekuatan & kebesaran Allah,serta takutkan kemurkaan-Nya
8. Zuhud
Mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kerana Allah
9. Tawakkal
Berserah kepada Allah bagi segala hal yang berlaku
10. Zikrulmaut
Sentiasa mengingati mati & sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik




26 December 2008

4 Petua Imam Syafie utk Sihat

4 Perkara menyihatkan badan :

  • Makan Daging
  • Memakai Wangian
  • Kerap Mandi
  • Berpakaian daripada Kapas

4 Perkara Melemahkan Badan :

  • Banyak Berkelamin(bersetubuh)
  • Selalu Cemas
  • Banyak Minum Air Ketika Makan
  • Banyak Makan Makanan yang Masam

4 Perkara Menajamkan Mata :

  • Duduk Menghadap Kiblat
  • Bercelak Sebelum Tidur
  • Memandang yang Hijau
  • Berpakaian yang Bersih

4 Perkara Merosakkan Mata :

  • Memandang Najis
  • Melihat Orang Dibunuh
  • Melihat Kemaluan
  • Membelakangkan Kiblat

4 Perkara Menajamkan Fikiran :

  • Tidak Banyak Berbual Kosong
  • Rajin Bersugi (gosok gigi)
  • Bercakap dengan Orang Soleh
  • Bergaul dengan Golongan Ulama

4 Cara Tidur :

  • Tidur Golongan Nabi - tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit & bumi
  • Tidur Golongan Ulama & Ahli Ibadah - mengiring ke sebelah kanan bg memudahkan terjaga untuk menunaikan solat
  • Tidur Golongan Raja yang Haloba - mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yng banyak dimakan
  • Tidur Syaitan - menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli NERAKA